Thursday 5 April 2012

Himpunan bersih 3.0

Himpunan bersih 3.0  dijangka akan diadakan tidak lama lagi kerana mungkin pru atau pilihan raya umum akan diadakan,setelah kejayaan pihak penganjur menjayakan bersih 2.0 walaupun boleh dikatakan mereka terpaksa berhadapan dengan polis diraja malaysia atau dipanggil pdrm atau polis bahasa singkat dari bahagian fru namun mereka tidak guntar mahupun gentur kerana mereka dikatakan sedang memperjuangkan keadilan kerana mereka clam sistem pilihan raya di malaysia tiadak adil.

Lokasi Himpunan Bersih 3.0

Lokasi tersebut dikatakan akan dilakukan di dataran merdeka kuala lumpur dan jalan raya akan dijangka sesak penuh dengan orang ramai dan mungkin bilangan hadirin akan melebihi daripada bilangan himpunan sebelum ini iaitu himpunan Hijau dan bersih 2.0

Tarikh dan masa Himpunan bersih 3.0

Himpunan tersebut dikatakan akan dilakukan minggu terakhir bulan ini iaitu pada 28 April 2012 iaitu pada hari Sabtu dan mungkin tarikh ini dipilih oleh pihak penganjur kerana pada hari tersebut hari cuti dan memudahkan perserta menhadiri pehimpunan tersebut.
Masa himpunan bersih pula akan bermula pada jam 8 pagi hari tersebut.

Tujuan Himpunan Bersih 3.0

  1. Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0.
  2. Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi.
  3. Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat dilakukan dengan telus dan adil.
  4. SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih.
  5. PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi.
jika ditanya pendapat admin himpunan bersih 3.0  admin rasa ia adalah sangat sesuai diadakan ketika ini andai betul mereka ingin membetulkan sistem pilihan raya yang diuruskan oleh sprm kerana dikatakan oleh mereka banyak kesilapan dilakukan sprm seperti nama pengundi masih ada walaupun ia telah meninggal dunia

No comments:

Post a Comment

About

Search This Blog

Blogger templates

ini